Minit Mesyuarat Kali Ke-8

MINIT MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO

MAJLIS PENGANUGERAHAN PELAJAR FAKULTI FARMASI

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI FARMASI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Bilangan : 8/2009

Masa : 1.00 petang

Tarikh : 11/2/2010 (Khamis)

Tempat : Surau D,KTSN,UKMKL

Hadir

Ahmad Shafiee bin Md. Ajis -Pengerusi

Haziyah binti Hajali

Nur Azlina binti Rusli

Noor Fazlisha bt. Mohd Fouzi

Tengku Nur Aini Tengku Manshor

Nur Fariha binti Norman

Nurul Ain binti Sarmo

Noor Aridza bt Amran

Noor Aliasuzana bt Sabtu

Nur Hidayah bt Abdul Karim

Nadiah binti Kamil

Walter bin Eyang

Ahmad Taufik bin Mohd Murshid

Mohd Nasri bin Yusoff

Hamidi bin Drahman
Fidelia Paul

Tan Wei Han

Tidak Hadir

Rennu a/l Marimuthu

Lim Jiang Cherng

Suthaa a/p Subramanium
Koh Hock Peng

Foo Hwe Yi

Ng Wen Bin

Choo Yan Ying

Te Chin Yew

Tye Zhi Yun

Teo Siew Chin

Fareha Waheeda

Turut hadir

Ainul Nabihah binti Abol Hasan -Pencatat

Pang Lie Jin -Pencatat

1. Aluan Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan berterima kasih di atas kesudian ahli menghadiri mesyuarat dan seterusnya memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.

2. Perbincangan Program

2.1 Program

Exco Program membentangkan tentatif Majlis Penganugerahan yang terbaru kepada barisan MT dan Exco. Rujuk tentatif pada lampiran.

2.2 Berkenaan dengan King dan Queen pada Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi,Exco Program telah mencapai kata sepakat bersama-sama dengan barisan MT dan Exco yang lain bahawa kedua-dua gelaran itu akan diberikan kepada pelajar tahun 4 Fakulti Farmasi sahaja berikutan objektif majlis ini adalah bagi meraikan mereka.

2.3 Exco Program memaklumkan kepada organisasi bahawa mereka telah pun mendapat calon-calon untuk pengerusi majlis untuk mengelola majlis bukan formal.Antara calon tersebut ialah :

a) Pelajar tahun 1

b) Ng Wen Bin

2.4 Mengenai game show yang akan diadakan pada majlis tersebut,Exco Program memberitahu bahawa game show yang akan diadakan adalah teka lagu, dimana lagu-lagu tersebut yang telah dirosakkan melodinya akan diputarkan dan para pelajar serta para pensyarah dan kakitangan Fakulti Farmasi dikehendaki meneka tajuk dan penyanyi lagu tersebut.

2.5 Multimedia

Exco Multimedia memaklumkan bahawa tempoh masa untuk persembahan multimedia adalah 10 minit dimana persembahan tersebut termasuklah persembahan perasmian dan persembahan organisasi Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi serta aktiviti-aktiviti Fakulti Farmasi.

2.6 Jamuan

Exco Jamuan memberitahu barisan MT dan Exco yang lain bahawa menu makanan untuk majlis ini telahpun ditetapkan dan menu yang dipilih adalah menu 3 dan seramai 5 orang akan pergi mencuba rasa menu ini dua minggu sebelum tarikh program. Menu tersebut adalah seperti didalam senarai berikut :

MENU 3

Cold Dishes

Assorted Sushi Platter,

Thai Beef Salad,

Smoked Salmon

Roast Chicken Platter

Assorted Condiments

Refreshing Salads

Cucumber with Dill Mayonnaise, Carrot with Raisin,

Broccoli, Mesclun Mixed Salad,

Iceberg, Potato Salad with Onion and Capsicum,

Beancurd with Green Beans Salad,

Cajun Coleslaw, Chicken Kerabu.

Homemade Sauces and Dressings

SOUP

Vegetarian Sweet Corn Soup

Bread Rolls and Butter

Hot Dishes

White Rice

Vegetarian Fried Meehoon Siam

Chicken in Hot Chili Sauce Korean Style

Oven Baked Fish Fillet with Percik sauce

Tandoori Roast Lamb Leg with Onion Chutney

Sautee Potatoes

Vegetarian Hong Kong kailan with Mushroom

DESSERTS

Seasonal Fresh Tropical Fruits

Assorted Malay Kuih

Caramel Custard

Vienna Apple Strudel

Assorted French Pastries

Bubur Gandum

Almond Cakes

Coffee or Tea

2.7 Protokol

Exco Protokol memaklumkan bahawa Naib Canselor akan hadir sebagai perasmi Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi 2010 bersama-sama dengan suami beliau.

2.8 Tugas-tugas Khas

Exco Tugas-tugas Khas memaklumkan kepada barisan MT dan Exco lain bahawa t-shirt yang telah ditempah akan diambil selewat-lewatnya semasa cuti hari raya cina dan akan diedarkan selepas cuti hari raya cina.

2.9 Perhubungan dan Pengangkutan

Exco Pengangkutan memaklumkan bahawa tiada bas akan disediakan di Setapak,bas hanya akan disediakan di TIBE,UKMKL dan juga KTSN1.Selain itu juga Exco perhubungan memberitahu bahawa pihak hotel membenarkan penggunaan dewan selama 24 jam pada 13 Mac 2010 dan backdrop adalah percuma dari pihak hotel,selain itu juga bilik menunggu juga telah diberikan oleh pihak hotel dan pihak hotel menyediakan free dinner cocktail sempena majlis ini. Tetapi perkara ini masih di dalam perbincangan dan akan diberitahu kemudian.

2.10 Teknikal

Exco Teknikal akan memohon agar mikrofon yang dipinjam dilebihkan dan hotel akan menyediakan sebanyak dua mikrofon untuk program ini.

2.11 Cenderamata

Exco Cenderamata memberitahu bahawa sebanyak tujuh hadiah akan disediakan untuk cabutan bertuah.Bagi cenderamata untuk slot teka lagu, exco cenderamata masih di dalam proses mencari cenderamata yang sesuai.

2.12 Persembahan

Exco Persembahan memberitahu bahawa latihan untuk persembahan sudahpun dimulakan dan persembahan adalah dari kalangan pelajar tahun satu dan tahun dua. Di akhir program,akan ada satu persembahan khas dari pelajar tahun 3.

3. Penutup

3.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap program ini dapat dilaksanakan sdengan jayanya.

3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan tasbih kafarah dan Surah AL-Asr.

Disediakan oleh,

AINUL NABIHAH BINTI ABOL HASAN

Setiausa 1

Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi

Universiti Kebangsaan Malaysia

UKM 3.3.13/92/02/MPFF09/3/8(b)(W)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Minit Mesyuarat Kali Ke-8"

Post a Comment